Fitnah,
jahat, busuk perut itulah yang sesuai untuk pakatan pembangkang. Sememangnya
fitnah adalah sinonim dan merupakan darah daging puak-puak khawarij yang
bersekongkol dengan DAP laknatullah ini.
Kalau
bukan mereka siapa lagi? Fitnah terbaru yang Tempurung perolehi kononnya YAB
Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah meletakkan jawatannya selaku Perdana
Menteri. Begitulah berita yang tersebar melalui beberapa laman sosial awal pagi
ini sepertimana didedahkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Laman-laman sosial
yang diketahui pro pembangkang itu mendakwa kononnya perletakkan jawatan oleh
Perdana Menteri telah disiarkan di dalam sistem e-akhbar dan e-press milik
Jabatan Penerangan Malaysia. Perkara ini hanya disedari oleh pihak Jabatan
Penerangan Malaysia awal pagi ini, 18 Februari 2013.
Apa
yang diketahui kedua-dua sistem e-akhbar dan e-press milik Jabatan Penerangan
Malaysia itu telah digodam oleh pihak yang bertanggungjawab. Berikutan itu juga
pihak Jabatan Penerangan Malaysia melalui Ketua Pengarahnya, Dato Haji Ibrahim
Abdul Rahman telah mengeluarkan
kenyataan rasmi penafian berhubung penyiaran berita tidak bertanggungjawab dan
berunsur fitnah itu.
Begitulah
sikap biadap puak khawarij dan laknatullah itu yang tidak akan berhenti
menyebarkan fitnah serta dakyah-dakyah palsu. Puak-puak ini tidak tahu
menghormati orang lain tetapi pada masa sama mahu orang lain menghormati
mereka.. tuuiihh.. Mereka akan guna dan menghalalkan apa jua cara bagi
menjayakan agenda politik jahat dan busuk mereka. Puak-puak jahat dan busuk perut
ini amat tahu bahawa peluang mereka untuk bertakhta di Putrajaya menjelang
pilihanraya umum ke-13 nanti amat tipis sekali berikutan rakyat keseluruhannya memperlihatkan
sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui
oleh BN. Sementelah percakaran di antara ketiga-tiga rakan kongsi dalam pakatan
pembangkang itu dilihat semakin ketara ekoran pelbagai masalah serta
ketidaksefahaman di antara mereka dalam beberapa isu. Antaranya berhubung isu
siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri jika mereka berhasil ke Putrajaya.
Isu penggunaan kalimah Allah bukan saja mencetuskan pertelingkahan antara PAS
dan DAP tetapi juga antara PAS dan PKR. Kalangan pemimpin PAS sesama sendiri
serta di kalangan ahli-ahlinya juga turut bertelingkah.
Ibaratkan yang retak
menunggu belah dan yang condong menunggu rebah. Mana mungkin mereka berupaya
mentadbir serta mengurus negara sedangkan masalah remeh temeh di antara mereka
tidak mampu diungkaikan!! Rakyat amat tahu dan sedar akan hal ini. Justeru,
untuk memberi tekanan kepada kerajaan, pemimpin tertentu dalam kerajaan
(terutamanya yang diketahui mengambil sikap “wait and see” secara diam-diam
atau lebih tepat dikategorikan sebagai “lalang”), pegawai serta kakitangan
sektor awam, maka mereka menyebarkan pelbagai cerita palsu dan fitnah. Inilah taktik kotor dan busuk puak-puak ini untuk meraih sokongan rakyat.
No comments:
Post a Comment