Showing posts with label POLITICS. Show all posts
Showing posts with label POLITICS. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

AHLI PAS DAN NGO ISLAM BAKAR BULETIN MUTIARA BANTAH GUAN ENG


Semalam sekumpulan lagi ahli PAS dan NGO Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi bagi membantah kebiadapan Tokong Guan berikutan cadangannya untuk menggunakan Kalimah Allah dalam bible versi Melayu.


Demonstrasi yang disertai oleh sekumpuln ahli PAS, Jaringan Muslimin Pulau Pinang dan Gerakan Selamatkan Kalimah Allah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar, Pengerusi PAS Tanjong itu berlangsung di hadapan Masjid Jamek Sheik Eusoff, Jalan Ayer Itam, George Town selepas solat Jumaat.


Antara yang turut hadir dalam bantahan itu ialah Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin, Penyelaras JMPP yang juga Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Ariff Ibrahim, AJK Gerakan Selamatkan Kalimah Allah.

Zaidi Abu Bakar dalam kenyataan ringkasnya kepada pihak media menegaskan bahawa kebiadapan Guan Eng itu telah mengguris hati umat Islam. Manakala kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat dari kalangan PAS dan PKR turut dikecam kerana hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Guan Eng perlu meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Ariff Ibrahim pula menegaskan bahawa pihaknya akan terus mengadakan bantahan pada setiap minggu bagi menyelamatkan Kalimah Allah daripada dijadikan bahan mainan serta sendaan kalangan bukan Islam khususnya Kristian. Beliau turut membayangkan akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar jika isu ini tidak menemui jalan penyelesaian, dalam erti kata lain Tokong Guan tidak memohon maaf kepada umat Islam.

Kemuncak kepada bantahan itu, kumpulan tersebut telah membakar sejumlah 200 naskah Buletin Mutiara yang merupakan lidah rasmi Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menunjukkan kemarahan mereka terhadap si laknatullah Tokong Guan itu.


Menyusuri perkembangan isu ini sejak ianya dicetuskan oleh Tokong Guan sehingga kini, walau pun bantahan demi bantahan dibuat oleh umat Islam terhadap si barua itu, namun nampaknya usaha tersebut tidak berhasil. Apabila yang jelas bantahan tersebut merupakan amaran kepada si laknat itu, tetapi ianya langsung tidak dipedulikan. Diperhatikan si laknat itu memang sengaja mahu menguji kesabaran umat Islam agar bertindak lebih jauh. Sekiranya umat Islam bertindak di luar batas-batas normal, itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Tokong Guan itu kerana ianya akan dijadikan modal politik untuk memburuk-burukkan umat Islam. Mungkin jika berlaku keadaan huru-hara dalam negara berpunca daripada tindakan umat Islam yang marah berikutan isu ini, maka ianya akan dijadikan asas oleh Tokong Guan untuk membawa masuk campurtangan asing ke negara ini dengan menggunakan pengaruh sekutunya, Singapura. Inilah agenda DAP yang mahu menukarkan wajah Malaysia, bumi yang kita cintai ini sebagai sebuah negara republik. Apa akan jadi andainya Malaysia bertukar menjadi negara republik? Apa akan jadi kepada DEB? Apa akan jadi kepada Dasar Pendidikan Nasional? Apa akan jadi kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan atau lebih jauh lagi apa akan jadi kepada Perlembagaan itu?


Sememangnya si laknat itu cukup licik serta bijak memasang jerat dan perangkap politik. Justeru, umat Islam seluruhnya termasuklah teman-teman seagama dalam PAS dan PKR perlulah hati-hati dengan permainan si laknat itu.

Marilah bersama-sama atas nama Islam kita bersatu mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam. Kalau mereka boleh bersatu atas nama bangsa, kenapa tidak kita untuk bersatu atas nama Alif Ba Ta !!

Friday, February 15, 2013

KALIMAH ALLAH : ANWAR TIKAM PAS DARI BELAKANG

Begitulah antara laporan yang dipetik dari MPP Online berhubung kenyataan Anwar Al-Juburi dalam satu ceramahnya di hadapan masyarakat Kristian di Sabah beberapa hari lalu. Menurut si Anwar "kaki pungkok" ni, penggunaan kalimah Allah telah diberikan kepada Kristian. Nik Aziz pula dikatakan bukanlah seorang yang memahami Islam manakala Hadi Awang tak tahu apa-apa pun sebaliknya hanyalah seorang Pak Turut.

Kata Al-Juburi dalam ceramahnya, "Sebab di kampong, UMNO pergi kempen dia kena tengok Anwar sudah pegi ini negeri...Allah sudah diberi sama itu Kristian. Tok Guru Nik Aziz tarak faham Islam sekarang.. Siapa.. aaa...Ustaz Hadi Awang... Hadi Awang.. dia pun tak tau... dia ikut saja. Apa kenyataan yang kita lulus... kita lulus kenyataan yang disiarkan oleh bila kita bincang dan Tok Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hadi Awang kenyataan dia sebagai Presiden Pas. Kita tengok sensitivti.. dan kita kata boleh pakai ka!.."


Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Al-Juburi ini jelas memperlihatkannya sebagai seorang yang bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai sedikit pun. Di hadapan orang-orang dia mendabik dada hanya dialah yang memperjuangkan Islam, di hadapan masyarakat Kristian pula lain pula suaranya malah sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana gila talak nak jadi Perdana Menteri. Itulah si Al-Juburi yang akan berdolak-dalik ikut kesesuaian. Melihat tingkah laku si Al-Juburi ni, Tempurung terfikir dan tertanya-tanya adakah si setan berupa manusia ini jelmaan Dajal akhir zaman yang akan menghancurkan umat Islam sepertimana terkandung di dalam Al-Quran !! Sekiranya benar, nauzubillah...

Puak-puak PAS pula eloklah fikir secara terbuka dan nilai kembali kalau nak menjunjung si Al-Juburi ni sebagai pemimpin agung mereka.

p/s : Sudah terang lagi bersuluh.. apatah lagi gelap....boleh nampak jubur...hehehehe...


MUKA-MUKA BIADAP

Inilah muka-muka yang tak tahu malu yang cuba malukan YAB Perdana Menteri semasa kunjungan pemimpin nombor satu negara itu ke Pulau Pinang Isnin lalu bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakyat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Han Chiang. Bukan sahaja tak tahu malu tetapi lebih dari itu.. Biadap dan kurang ajar itulah yang sesuai untuk dilabelkan kepada golongan ini kerana tidak tahu menghormati orang lain.


Di saat sebilangan besar rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum yang jumlahnya puluhan ribu berpusu-pusu datang ke sekolah berkenaan untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama YAB Perdana Menteri, puak-puak biadap dan kurang ajar ini pula datang dengan niat jahat mahu memalukan pemimpin itu dan sabotaj ke atas majlis berkenaan. Lihatlah pakaian mereka !! Ini jelas menunjukkan niat jahat mereka. Bukan itu saja, malah sebar pula fitnah di sana-sini termasuk di luar negara memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri. Sebar fitnah kononnya rakyat Pulau Pinang menolak Kerajaan Persekutuan melalui rakaman klip video yang terang-terang rakaman yang dibuat oleh kelompok mereka. Apabila YAB Perdana Menteri berkata "Are You Ready For BN?", suara berkata "No" adalah kelompok mereka yang berada serta berkumpul berdekatan dengan alat perakam video itu sedangkan sebahagian besar rakyat yang hadir amat jelas berkata "Yes". Sudah tentulah apabila suara mereka yang kuat (walaupun bilangannya taklah seramai mana pun) berada berhampiran dengan alat perakam video itu, sudah tentulah suara mereka menengelami suara-suara orang ramai yang jauh dari kelompok mereka. Usaha jahat itu sememangnya dirancang sejak awal lagi. Tempurung pun berada di situ !! 


Kalau dah benci sangat dengan Kerajaan Persekutuan dan pemimpinnya, nyah saja dari bumi bertuah Malaysia ini !! Dasar manusia yang tak tahu diuntung !! 

SEMBANG TAHUN BARU CINA : ANGAN-ANGAN TOKONG GUAN

Begitulah tingginya cita-cita Tokong Guan ni. Licik dan pandai bermuka-muka. Depan bukan main manis lagi. Di belakang, apa yang dia tak kata terhadap pemimpin Kerajaan Persekutuan !! Lihatlah sendiri sikap pura-puranya itu. Tempurung paling benci orang macam ni.. 

Anwar Al-Juburi dah pasang angan-angan nak Perdana Menteri. Jangan mimpilah !! Ko "langkah dulu mayat" si Tokong Guan ni dulu.. Jangan tak sedor diri.. Ko tengoklah sendiri,  yang pastinya kroni-kroni Tokong Guan ini juga pun dah "standby".. tunggu giliran mereka nak jadi kaya..

Saturday, February 9, 2013

RAMPAS TANAH KUBUR - PENDUDUK BANTAH GUAN ENG, RAMASAMY

Sekumpulan 40 penduduk kaum India dari kawasan Nibong Tebal naik berang dan melancarkan satu demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang didakwa telah merampas tanah perkuburan masyarakat India Ladang Batu Kawan. 


Mereka yang terdiri daripada para penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan kawasan Simpang Ampat di Nibong Tebal mendakwa bahawa tanah perkuburan seluas 4 ekar dan terletak di bawah pentadbiran Kuil Dewi Sri Maha Mutumariamman, Ladang Batu Kawan itu telah diambilalih untuk diserahkan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Pentadbiran tanah perkuburan berkenaan juga dikatakan telah diletakkan di bawah Lembaga Wakaf Hindu yang terletak di bawah penguasaan kerajaan negeri. 


Mereka turut mempertikaikan campurtangan Prof P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dalam hal ehwal pentadbiran kuil kerana tidak mempunyai hak atau kuasa untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP dikatakan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tanah perkuburan masyarakat India. Daripada reaksi penduduk terlibat, bagi mereka Ramasamy hanyalah "Pak Turut" kepada Guan Eng.

Semasa bantahan yang diketuai oleh M.V Mathiyalagan, Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal itu berlangsung, para penduduk terlibat turut mempamirkan beberapa banner mengecam Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang khususnya Guan Eng dan Ramasamy yang didakwa telah menipu penduduk kaum India di kawasan Batu Kawan. 


Kemuncak kepada kemarahan mereka, kumpulan tersebut telah membakar keranda dan gambar Guan Eng dan Ramasamy. 


Signifikan di sebalik bantahan demi bantahan yang dilancarkan oleh pelbagai pihak serta pertubuhan berhubung pelbagai isu di Pulau Pinang, ianya jelas memperlihatkan kredibiliti, integriti dan kejujuran serta keikhlasan Kerajaan Negeri DAP khususnya Guan Eng dan Ramasamy semakin dipersoalkan. Sebelum ini iaitu sejak pentadbiran Kerajaan BN, masyarakat India tidak pernah menghadapi masalah berhubung tanah perkuburan.

Saturday, February 2, 2013

PERDANA MENTERI "ALIRAN" ??


Orang tua ni dah gila sangat nak jadi Perdana Menteri gamaknya !! Jadi, ALIRAN pun awal-awal lagi dah tabalkan si tua ni jadi Perdana Menteri "mereka" !! Itulah hiasan kulit majalah bulanan ALIRAN – ALIRAN MONTHLY keluaran terbarunya 2012 : Vol. 32 No. 11 bertajuk “Malaysia’s 7th PM ?”.

Dia ingat si Tokong Guan dan bapaknya serta Kapal Sinki tu nak mudah-mudah gitu je nak beri si gila talak ni jadi Perdana Menteri.. Pleaselah.. mereka pun dok nak juga terutama si Tokong Guan tu sebab mereka dah ada pelan serta agenda sendiri nak tukarkan sistem pentadbiran negara ni jadi republik.

Si gila talak ni cuma alat mereka jer.. sebab mereka pun tahu benar akan segala rahsia dan kegiatan si tua ni.. yang akan dijadikan "rotan" untuk "mencucuk hidung" si tua gila yang tak sedar diri ni !! Hanya segelintir saja pengikutnya yang masih buta mata, buta hati dan buta perut.. 

ALIRAN ni pun adalah di antara NGO yang turut jadi " front-liner tools" kepada puak-puak tu.. Apa akan jadi kalau si tua gila talak yang terlalu banyak masalah peribadi dan sosial tu diletakkan sebagai Perdana Menteri dan puak-puak Tokong Guan anak-anak beranak dan si Kapal Sinki tu pula jadi "remote controller" di belakang !! Fikirlah sendiri (pinjam ayat Nabil.. dengan izin)..