Friday, February 22, 2013

NIK AZIZ PUN SAMA MACAM HAIWAN

Nik Aziz ni memang pandai cari publisiti murah. Dia akan cakap ikut suka mulutnya dalam apa jua perkara. Beberapa hari lalu orang nyanyok ni kata pemberian wang ringgit di bawah Program BR1M mendapat sambutan rakyat sehinggakan yang menerima bantuan itu upamakan "haiwan" seperti ayam dan lembu yang datang jika diberi hampas kelapa, padi dan jerami.
 
Orang kalau dah nyanyok macam tulah jadinya. Dia lupa yang kenyataannya turut kena atas batang hidungnya sendiri sebab orang-orang PAS (yang bermuka-muka) turut berebut-rebut dan mentedarah duit BR1M macam orang lain yang dikatakan macam haiwan dan binatang itu. Tempurung percaya ada juga di kalangan anak di kalangan suku-sakat serta sanak saudaranya yang turut mentedarah duit BR1M tu. Jadi, orang-orang PAS serta suku-sakat dan anak beranaknya pun samalah juga macam haiwan dan binatang seperti yang dikatakan oleh Tok Guru songsang ini.
 
Katakanlah program seumpama itu dianjurkan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS, kenyataan yang mungkin akan keluar dari mulut Tok Guru Marakaibo ini bahawa "duit bantuan pakatan pembangkang khususnya PAS itu boleh dibawa mati" dan "lebih afdal sekiranya jenazah seseorang penerima bantuan pakatan pembangkang dan PAS itu ditanam dengan duit bantuan tersebut bersekali dengan gambar Tok Nik Aziz". Sebabnya, duit itu boleh digunakan untuk bayar tol ekspress ke syurga manakala gambar Tok Guru Songsang ni pula bila malaikat tengok, boleh "kawtim" - tak perlu kena soal di dalam kubur!!
 
Kesimpulannya, dalam hal ini Tok Guru Songsang ni pun serupalah juga macam haiwan dan binatang seperti yang dikatakannya itu. Apa tidaknya, kalau sebagai seorang Tok Guru sepatutnya setiap tutur kata haruslah berhemah tinggi seperti yang dianjurkan oleh Islam. Begitu juga kalau membuat teguran harusnya secara lemah lembut, bukannya secara biadap. Sikap biadap dan tidak berhemah hanyalah ada pada haiwan atau binatang bukannya kepada seorang yang didewa-dewakan sebagai Tok Guru !!

No comments:

Post a Comment