Saturday, February 16, 2013

AHLI PAS DAN NGO ISLAM BAKAR BULETIN MUTIARA BANTAH GUAN ENG


Semalam sekumpulan lagi ahli PAS dan NGO Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi bagi membantah kebiadapan Tokong Guan berikutan cadangannya untuk menggunakan Kalimah Allah dalam bible versi Melayu.


Demonstrasi yang disertai oleh sekumpuln ahli PAS, Jaringan Muslimin Pulau Pinang dan Gerakan Selamatkan Kalimah Allah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar, Pengerusi PAS Tanjong itu berlangsung di hadapan Masjid Jamek Sheik Eusoff, Jalan Ayer Itam, George Town selepas solat Jumaat.


Antara yang turut hadir dalam bantahan itu ialah Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin, Penyelaras JMPP yang juga Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Ariff Ibrahim, AJK Gerakan Selamatkan Kalimah Allah.

Zaidi Abu Bakar dalam kenyataan ringkasnya kepada pihak media menegaskan bahawa kebiadapan Guan Eng itu telah mengguris hati umat Islam. Manakala kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat dari kalangan PAS dan PKR turut dikecam kerana hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Guan Eng perlu meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Ariff Ibrahim pula menegaskan bahawa pihaknya akan terus mengadakan bantahan pada setiap minggu bagi menyelamatkan Kalimah Allah daripada dijadikan bahan mainan serta sendaan kalangan bukan Islam khususnya Kristian. Beliau turut membayangkan akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar jika isu ini tidak menemui jalan penyelesaian, dalam erti kata lain Tokong Guan tidak memohon maaf kepada umat Islam.

Kemuncak kepada bantahan itu, kumpulan tersebut telah membakar sejumlah 200 naskah Buletin Mutiara yang merupakan lidah rasmi Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menunjukkan kemarahan mereka terhadap si laknatullah Tokong Guan itu.


Menyusuri perkembangan isu ini sejak ianya dicetuskan oleh Tokong Guan sehingga kini, walau pun bantahan demi bantahan dibuat oleh umat Islam terhadap si barua itu, namun nampaknya usaha tersebut tidak berhasil. Apabila yang jelas bantahan tersebut merupakan amaran kepada si laknat itu, tetapi ianya langsung tidak dipedulikan. Diperhatikan si laknat itu memang sengaja mahu menguji kesabaran umat Islam agar bertindak lebih jauh. Sekiranya umat Islam bertindak di luar batas-batas normal, itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Tokong Guan itu kerana ianya akan dijadikan modal politik untuk memburuk-burukkan umat Islam. Mungkin jika berlaku keadaan huru-hara dalam negara berpunca daripada tindakan umat Islam yang marah berikutan isu ini, maka ianya akan dijadikan asas oleh Tokong Guan untuk membawa masuk campurtangan asing ke negara ini dengan menggunakan pengaruh sekutunya, Singapura. Inilah agenda DAP yang mahu menukarkan wajah Malaysia, bumi yang kita cintai ini sebagai sebuah negara republik. Apa akan jadi andainya Malaysia bertukar menjadi negara republik? Apa akan jadi kepada DEB? Apa akan jadi kepada Dasar Pendidikan Nasional? Apa akan jadi kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan atau lebih jauh lagi apa akan jadi kepada Perlembagaan itu?


Sememangnya si laknat itu cukup licik serta bijak memasang jerat dan perangkap politik. Justeru, umat Islam seluruhnya termasuklah teman-teman seagama dalam PAS dan PKR perlulah hati-hati dengan permainan si laknat itu.

Marilah bersama-sama atas nama Islam kita bersatu mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam. Kalau mereka boleh bersatu atas nama bangsa, kenapa tidak kita untuk bersatu atas nama Alif Ba Ta !!

No comments:

Post a Comment