Monday, February 25, 2013

ADAKAH PENERIMA BANTUAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG JUGA UMPAMAKAN HAIWAN ?


Pok Nik Aziz kata pemberian wang ringgit di bawah Program BR1M Kerajaan Persekutuan mendapat sambutan rakyat sehinggakan yang menerima bantuan itu umapamakan haiwan seperti lembu dan ayam yang datang jika diberi hampas kelapa, padi dan jerami.

Apakah bezanya kepada Pok Nik Aziz dengan senario yang sama di Pulau Pinang? Kerajaan DAP Pulau Pinang turut memberi wang ringgit kepada orang ramai terdiri daripada warga emas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU – “Kapal Sink” juga layak, kot?), ibu tunggal dan pelajar sekolah yang menerima bantuan sebanyak RM100.00 setiap tahun. Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga memberi wang ringgit bagi urusan jenazah serta pelajar yang berjaya memasuki IPTA sebanyak RM1,000.00 dan golongan anak emas sebanyak RM200.00 secara “one-off”.

Makanya dengan itu juga, Pok Nik Aziz secara tidak langsung turut melabelkan golongan yang menerima bantuan wang ringgit daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang umpamakan haiwan seperti lembu dan ayam yang datang apabila diberi dedak hampas kelapa, padi dan jerami !!

Apakah Pok Nik Aziz akan berkata bahawa wang ringgit yang diberi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu pula berupa bantuan dalam menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Tokong Guan?? Tak kan orang-orang Pulau Pinang yang menerima bantuan tersebut mahu diri mereka diumpamakan haiwan seperti ayam atau lembu??

Friday, February 22, 2013

NIK AZIZ PUN SAMA MACAM HAIWAN

Nik Aziz ni memang pandai cari publisiti murah. Dia akan cakap ikut suka mulutnya dalam apa jua perkara. Beberapa hari lalu orang nyanyok ni kata pemberian wang ringgit di bawah Program BR1M mendapat sambutan rakyat sehinggakan yang menerima bantuan itu upamakan "haiwan" seperti ayam dan lembu yang datang jika diberi hampas kelapa, padi dan jerami.
 
Orang kalau dah nyanyok macam tulah jadinya. Dia lupa yang kenyataannya turut kena atas batang hidungnya sendiri sebab orang-orang PAS (yang bermuka-muka) turut berebut-rebut dan mentedarah duit BR1M macam orang lain yang dikatakan macam haiwan dan binatang itu. Tempurung percaya ada juga di kalangan anak di kalangan suku-sakat serta sanak saudaranya yang turut mentedarah duit BR1M tu. Jadi, orang-orang PAS serta suku-sakat dan anak beranaknya pun samalah juga macam haiwan dan binatang seperti yang dikatakan oleh Tok Guru songsang ini.
 
Katakanlah program seumpama itu dianjurkan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS, kenyataan yang mungkin akan keluar dari mulut Tok Guru Marakaibo ini bahawa "duit bantuan pakatan pembangkang khususnya PAS itu boleh dibawa mati" dan "lebih afdal sekiranya jenazah seseorang penerima bantuan pakatan pembangkang dan PAS itu ditanam dengan duit bantuan tersebut bersekali dengan gambar Tok Nik Aziz". Sebabnya, duit itu boleh digunakan untuk bayar tol ekspress ke syurga manakala gambar Tok Guru Songsang ni pula bila malaikat tengok, boleh "kawtim" - tak perlu kena soal di dalam kubur!!
 
Kesimpulannya, dalam hal ini Tok Guru Songsang ni pun serupalah juga macam haiwan dan binatang seperti yang dikatakannya itu. Apa tidaknya, kalau sebagai seorang Tok Guru sepatutnya setiap tutur kata haruslah berhemah tinggi seperti yang dianjurkan oleh Islam. Begitu juga kalau membuat teguran harusnya secara lemah lembut, bukannya secara biadap. Sikap biadap dan tidak berhemah hanyalah ada pada haiwan atau binatang bukannya kepada seorang yang didewa-dewakan sebagai Tok Guru !!

BILA FAUZI SHAARI CAKAP PASAL RASUAH

Dalam satu majlis ceramah puak-puak khawarij di Bukit Panchor, Nibong Tebal malam kelmarin 20 Februari 2013, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Fauzi Shaari kata, "suatu pemberian dengan syarat tertentu adalah rasuah". Memang hebat Ustaz Marcoco ni. Memang betul dan tepat sekali apa yang dikatakannya menurut agama suci kita, Islam. Cuma yang Tempurung agak musykil, kenapa baru sekarang Ustaz Marcoco ni nak bercakap pasal agama dan rasuah? Perkara serta budaya sama jugalah yang berlaku semasa Ustaz Marcoco ni jadi orang nombor satu @ Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman dulu. Kenapa ketika itu tidak bercakap pasal isu rasuah ini? 


Mungkin dan agaknya ketika berkhidmat dalam kerajaan dulu, duit-duit haram dari kalangan operator-operator seperti perjudian, pelacuran dan lain-lain kegiatan haram dianggap sebagai suatu "sumber manfaat" yang "halal" atau "jihad", kot? Lagi banyak "sumber manfaat" itu, barangkali lagi besar pahala dan berkat halalnya! Orang yang macam ini kalau makan babi dengan puak-puak DAP mungkin akan berkata bahawa babi itu halal dimakan kalau disembelih, dan kalau makan daging lembu dengan orang UMNO mungkin dikatakan bahawa daging lembu itu haram!! (pinjam tafsiran "Mat Sapu"). Apakah dirinya terlalu "bersih" semasa dalam perkhidmatan dulu? (Bukan nak menuduh tetapi agak ragu-ragu berdasarkan latarbelakangnya).

Thursday, February 21, 2013

RAKYAT MEREMPAT - GUAN ENG TAK PEDULI !!

Ini adalah pemandangan biasa di sekitar bandaraya George Town, Pulau Pinang apabila malam melabuhkan tirainya. Golongan gelandangan ini samada mereka itu berbangsa Melayu, Cina atau India akan melabuhkan badan mereka di mana saja untuk merehatkan badan setelah sehari suntuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.
 

Di mana saja samada di lorong-lorong, kaki lima, taman awam - itulah rumah mereka. Begitulah kehidupan mereka saban hari dan tiada siapa pun yang ambil peduli samada mereka makan atau tidak, samada mereka ada tempat berteduh atau tidak.
 

Apa yang menghairankan, tidakkah ada di kalangan pemimpin atau wakil rakyat Kerajaan Negeri DAP pimpinan Guan Eng yang prihatin terhadap golongan ini? Apakah mereka tidak peka dengan masalah sosial seperti ini sedangkan mereka melaung-laungkan slogan CEKAP, TELUS dan AKAUNTABEL (CAT)? Di mana kecekapan mereka? Kalau beginilah keadaannya, mereka bukanlah pentadbir yang cekap dan peka tetapi yang jelasnya mereka adalah PEKAK tentang masalah rakyat!! Di mana rumah kos rendah dan mampu milik yang Guan Eng gembar-gempurkan selama ini? Sedang ada di kalangan rakyatnya tinggal merempat di segenap kaki lima dan lorong-lorong. Guan Eng dan kuncu-kuncunya lebih mementingkan berpolitik untuk kuasa... Itu saja!!


Monday, February 18, 2013

PR TABUR FITNAH PM LETAK JAWATAN


Fitnah, jahat, busuk perut itulah yang sesuai untuk pakatan pembangkang. Sememangnya fitnah adalah sinonim dan merupakan darah daging puak-puak khawarij yang bersekongkol dengan DAP laknatullah ini.

Kalau bukan mereka siapa lagi? Fitnah terbaru yang Tempurung perolehi kononnya YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah meletakkan jawatannya selaku Perdana Menteri. Begitulah berita yang tersebar melalui beberapa laman sosial awal pagi ini sepertimana didedahkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Laman-laman sosial yang diketahui pro pembangkang itu mendakwa kononnya perletakkan jawatan oleh Perdana Menteri telah disiarkan di dalam sistem e-akhbar dan e-press milik Jabatan Penerangan Malaysia. Perkara ini hanya disedari oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia awal pagi ini, 18 Februari 2013.

Apa yang diketahui kedua-dua sistem e-akhbar dan e-press milik Jabatan Penerangan Malaysia itu telah digodam oleh pihak yang bertanggungjawab. Berikutan itu juga pihak Jabatan Penerangan Malaysia melalui Ketua Pengarahnya, Dato Haji Ibrahim Abdul Rahman telah  mengeluarkan kenyataan rasmi penafian berhubung penyiaran berita tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah itu.

Begitulah sikap biadap puak khawarij dan laknatullah itu yang tidak akan berhenti menyebarkan fitnah serta dakyah-dakyah palsu. Puak-puak ini tidak tahu menghormati orang lain tetapi pada masa sama mahu orang lain menghormati mereka.. tuuiihh.. Mereka akan guna dan menghalalkan apa jua cara bagi menjayakan agenda politik jahat dan busuk mereka. Puak-puak jahat dan busuk perut ini amat tahu bahawa peluang mereka untuk bertakhta di Putrajaya menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti amat tipis sekali berikutan rakyat keseluruhannya memperlihatkan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN. Sementelah percakaran di antara ketiga-tiga rakan kongsi dalam pakatan pembangkang itu dilihat semakin ketara ekoran pelbagai masalah serta ketidaksefahaman di antara mereka dalam beberapa isu. Antaranya berhubung isu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri jika mereka berhasil ke Putrajaya. Isu penggunaan kalimah Allah bukan saja mencetuskan pertelingkahan antara PAS dan DAP tetapi juga antara PAS dan PKR. Kalangan pemimpin PAS sesama sendiri serta di kalangan ahli-ahlinya juga turut bertelingkah. 

Ibaratkan yang retak menunggu belah dan yang condong menunggu rebah. Mana mungkin mereka berupaya mentadbir serta mengurus negara sedangkan masalah remeh temeh di antara mereka tidak mampu diungkaikan!! Rakyat amat tahu dan sedar akan hal ini. Justeru, untuk memberi tekanan kepada kerajaan, pemimpin tertentu dalam kerajaan (terutamanya yang diketahui mengambil sikap “wait and see” secara diam-diam atau lebih tepat dikategorikan sebagai “lalang”), pegawai serta kakitangan sektor awam, maka mereka menyebarkan pelbagai cerita palsu dan fitnah. Inilah taktik kotor dan busuk puak-puak ini untuk meraih sokongan rakyat.

Saturday, February 16, 2013

AHLI PAS DAN NGO ISLAM BAKAR BULETIN MUTIARA BANTAH GUAN ENG


Semalam sekumpulan lagi ahli PAS dan NGO Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi bagi membantah kebiadapan Tokong Guan berikutan cadangannya untuk menggunakan Kalimah Allah dalam bible versi Melayu.


Demonstrasi yang disertai oleh sekumpuln ahli PAS, Jaringan Muslimin Pulau Pinang dan Gerakan Selamatkan Kalimah Allah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar, Pengerusi PAS Tanjong itu berlangsung di hadapan Masjid Jamek Sheik Eusoff, Jalan Ayer Itam, George Town selepas solat Jumaat.


Antara yang turut hadir dalam bantahan itu ialah Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin, Penyelaras JMPP yang juga Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Ariff Ibrahim, AJK Gerakan Selamatkan Kalimah Allah.

Zaidi Abu Bakar dalam kenyataan ringkasnya kepada pihak media menegaskan bahawa kebiadapan Guan Eng itu telah mengguris hati umat Islam. Manakala kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat dari kalangan PAS dan PKR turut dikecam kerana hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Guan Eng perlu meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Ariff Ibrahim pula menegaskan bahawa pihaknya akan terus mengadakan bantahan pada setiap minggu bagi menyelamatkan Kalimah Allah daripada dijadikan bahan mainan serta sendaan kalangan bukan Islam khususnya Kristian. Beliau turut membayangkan akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar jika isu ini tidak menemui jalan penyelesaian, dalam erti kata lain Tokong Guan tidak memohon maaf kepada umat Islam.

Kemuncak kepada bantahan itu, kumpulan tersebut telah membakar sejumlah 200 naskah Buletin Mutiara yang merupakan lidah rasmi Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menunjukkan kemarahan mereka terhadap si laknatullah Tokong Guan itu.


Menyusuri perkembangan isu ini sejak ianya dicetuskan oleh Tokong Guan sehingga kini, walau pun bantahan demi bantahan dibuat oleh umat Islam terhadap si barua itu, namun nampaknya usaha tersebut tidak berhasil. Apabila yang jelas bantahan tersebut merupakan amaran kepada si laknat itu, tetapi ianya langsung tidak dipedulikan. Diperhatikan si laknat itu memang sengaja mahu menguji kesabaran umat Islam agar bertindak lebih jauh. Sekiranya umat Islam bertindak di luar batas-batas normal, itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Tokong Guan itu kerana ianya akan dijadikan modal politik untuk memburuk-burukkan umat Islam. Mungkin jika berlaku keadaan huru-hara dalam negara berpunca daripada tindakan umat Islam yang marah berikutan isu ini, maka ianya akan dijadikan asas oleh Tokong Guan untuk membawa masuk campurtangan asing ke negara ini dengan menggunakan pengaruh sekutunya, Singapura. Inilah agenda DAP yang mahu menukarkan wajah Malaysia, bumi yang kita cintai ini sebagai sebuah negara republik. Apa akan jadi andainya Malaysia bertukar menjadi negara republik? Apa akan jadi kepada DEB? Apa akan jadi kepada Dasar Pendidikan Nasional? Apa akan jadi kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan atau lebih jauh lagi apa akan jadi kepada Perlembagaan itu?


Sememangnya si laknat itu cukup licik serta bijak memasang jerat dan perangkap politik. Justeru, umat Islam seluruhnya termasuklah teman-teman seagama dalam PAS dan PKR perlulah hati-hati dengan permainan si laknat itu.

Marilah bersama-sama atas nama Islam kita bersatu mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam. Kalau mereka boleh bersatu atas nama bangsa, kenapa tidak kita untuk bersatu atas nama Alif Ba Ta !!

Friday, February 15, 2013

KALIMAH ALLAH : ANWAR TIKAM PAS DARI BELAKANG

Begitulah antara laporan yang dipetik dari MPP Online berhubung kenyataan Anwar Al-Juburi dalam satu ceramahnya di hadapan masyarakat Kristian di Sabah beberapa hari lalu. Menurut si Anwar "kaki pungkok" ni, penggunaan kalimah Allah telah diberikan kepada Kristian. Nik Aziz pula dikatakan bukanlah seorang yang memahami Islam manakala Hadi Awang tak tahu apa-apa pun sebaliknya hanyalah seorang Pak Turut.

Kata Al-Juburi dalam ceramahnya, "Sebab di kampong, UMNO pergi kempen dia kena tengok Anwar sudah pegi ini negeri...Allah sudah diberi sama itu Kristian. Tok Guru Nik Aziz tarak faham Islam sekarang.. Siapa.. aaa...Ustaz Hadi Awang... Hadi Awang.. dia pun tak tau... dia ikut saja. Apa kenyataan yang kita lulus... kita lulus kenyataan yang disiarkan oleh bila kita bincang dan Tok Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hadi Awang kenyataan dia sebagai Presiden Pas. Kita tengok sensitivti.. dan kita kata boleh pakai ka!.."


Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Al-Juburi ini jelas memperlihatkannya sebagai seorang yang bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai sedikit pun. Di hadapan orang-orang dia mendabik dada hanya dialah yang memperjuangkan Islam, di hadapan masyarakat Kristian pula lain pula suaranya malah sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana gila talak nak jadi Perdana Menteri. Itulah si Al-Juburi yang akan berdolak-dalik ikut kesesuaian. Melihat tingkah laku si Al-Juburi ni, Tempurung terfikir dan tertanya-tanya adakah si setan berupa manusia ini jelmaan Dajal akhir zaman yang akan menghancurkan umat Islam sepertimana terkandung di dalam Al-Quran !! Sekiranya benar, nauzubillah...

Puak-puak PAS pula eloklah fikir secara terbuka dan nilai kembali kalau nak menjunjung si Al-Juburi ni sebagai pemimpin agung mereka.

p/s : Sudah terang lagi bersuluh.. apatah lagi gelap....boleh nampak jubur...hehehehe...


MUKA-MUKA BIADAP

Inilah muka-muka yang tak tahu malu yang cuba malukan YAB Perdana Menteri semasa kunjungan pemimpin nombor satu negara itu ke Pulau Pinang Isnin lalu bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakyat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Han Chiang. Bukan sahaja tak tahu malu tetapi lebih dari itu.. Biadap dan kurang ajar itulah yang sesuai untuk dilabelkan kepada golongan ini kerana tidak tahu menghormati orang lain.


Di saat sebilangan besar rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum yang jumlahnya puluhan ribu berpusu-pusu datang ke sekolah berkenaan untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama YAB Perdana Menteri, puak-puak biadap dan kurang ajar ini pula datang dengan niat jahat mahu memalukan pemimpin itu dan sabotaj ke atas majlis berkenaan. Lihatlah pakaian mereka !! Ini jelas menunjukkan niat jahat mereka. Bukan itu saja, malah sebar pula fitnah di sana-sini termasuk di luar negara memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri. Sebar fitnah kononnya rakyat Pulau Pinang menolak Kerajaan Persekutuan melalui rakaman klip video yang terang-terang rakaman yang dibuat oleh kelompok mereka. Apabila YAB Perdana Menteri berkata "Are You Ready For BN?", suara berkata "No" adalah kelompok mereka yang berada serta berkumpul berdekatan dengan alat perakam video itu sedangkan sebahagian besar rakyat yang hadir amat jelas berkata "Yes". Sudah tentulah apabila suara mereka yang kuat (walaupun bilangannya taklah seramai mana pun) berada berhampiran dengan alat perakam video itu, sudah tentulah suara mereka menengelami suara-suara orang ramai yang jauh dari kelompok mereka. Usaha jahat itu sememangnya dirancang sejak awal lagi. Tempurung pun berada di situ !! 


Kalau dah benci sangat dengan Kerajaan Persekutuan dan pemimpinnya, nyah saja dari bumi bertuah Malaysia ini !! Dasar manusia yang tak tahu diuntung !! 

SEMBANG TAHUN BARU CINA : ANGAN-ANGAN TOKONG GUAN

Begitulah tingginya cita-cita Tokong Guan ni. Licik dan pandai bermuka-muka. Depan bukan main manis lagi. Di belakang, apa yang dia tak kata terhadap pemimpin Kerajaan Persekutuan !! Lihatlah sendiri sikap pura-puranya itu. Tempurung paling benci orang macam ni.. 

Anwar Al-Juburi dah pasang angan-angan nak Perdana Menteri. Jangan mimpilah !! Ko "langkah dulu mayat" si Tokong Guan ni dulu.. Jangan tak sedor diri.. Ko tengoklah sendiri,  yang pastinya kroni-kroni Tokong Guan ini juga pun dah "standby".. tunggu giliran mereka nak jadi kaya..

Saturday, February 9, 2013

RAMPAS TANAH KUBUR - PENDUDUK BANTAH GUAN ENG, RAMASAMY

Sekumpulan 40 penduduk kaum India dari kawasan Nibong Tebal naik berang dan melancarkan satu demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang didakwa telah merampas tanah perkuburan masyarakat India Ladang Batu Kawan. 


Mereka yang terdiri daripada para penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan kawasan Simpang Ampat di Nibong Tebal mendakwa bahawa tanah perkuburan seluas 4 ekar dan terletak di bawah pentadbiran Kuil Dewi Sri Maha Mutumariamman, Ladang Batu Kawan itu telah diambilalih untuk diserahkan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Pentadbiran tanah perkuburan berkenaan juga dikatakan telah diletakkan di bawah Lembaga Wakaf Hindu yang terletak di bawah penguasaan kerajaan negeri. 


Mereka turut mempertikaikan campurtangan Prof P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dalam hal ehwal pentadbiran kuil kerana tidak mempunyai hak atau kuasa untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP dikatakan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tanah perkuburan masyarakat India. Daripada reaksi penduduk terlibat, bagi mereka Ramasamy hanyalah "Pak Turut" kepada Guan Eng.

Semasa bantahan yang diketuai oleh M.V Mathiyalagan, Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal itu berlangsung, para penduduk terlibat turut mempamirkan beberapa banner mengecam Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang khususnya Guan Eng dan Ramasamy yang didakwa telah menipu penduduk kaum India di kawasan Batu Kawan. 


Kemuncak kepada kemarahan mereka, kumpulan tersebut telah membakar keranda dan gambar Guan Eng dan Ramasamy. 


Signifikan di sebalik bantahan demi bantahan yang dilancarkan oleh pelbagai pihak serta pertubuhan berhubung pelbagai isu di Pulau Pinang, ianya jelas memperlihatkan kredibiliti, integriti dan kejujuran serta keikhlasan Kerajaan Negeri DAP khususnya Guan Eng dan Ramasamy semakin dipersoalkan. Sebelum ini iaitu sejak pentadbiran Kerajaan BN, masyarakat India tidak pernah menghadapi masalah berhubung tanah perkuburan.

Thursday, February 7, 2013

SEMBANG GELANDANGAN


MANA DIA RUMAH KOS RENDAH / MAMPU MILIK
YANG KERAJAAN DAP DAH BUAT DI PULAU PINANG ??
DOK ADA KONDO-KONDO / APARTMENT MEWAH
DENGAN HARGA RATUSAN RIBU DAN ADA JUGA YANG 
DAH MENCECAH JUTAAN RINGGIT !!

MAMPUKAH MEREKA INI MEMILIKI 
RUMAH-RUMAH SEPERTI ITU ??

Saturday, February 2, 2013

PERDANA MENTERI "ALIRAN" ??


Orang tua ni dah gila sangat nak jadi Perdana Menteri gamaknya !! Jadi, ALIRAN pun awal-awal lagi dah tabalkan si tua ni jadi Perdana Menteri "mereka" !! Itulah hiasan kulit majalah bulanan ALIRAN – ALIRAN MONTHLY keluaran terbarunya 2012 : Vol. 32 No. 11 bertajuk “Malaysia’s 7th PM ?”.

Dia ingat si Tokong Guan dan bapaknya serta Kapal Sinki tu nak mudah-mudah gitu je nak beri si gila talak ni jadi Perdana Menteri.. Pleaselah.. mereka pun dok nak juga terutama si Tokong Guan tu sebab mereka dah ada pelan serta agenda sendiri nak tukarkan sistem pentadbiran negara ni jadi republik.

Si gila talak ni cuma alat mereka jer.. sebab mereka pun tahu benar akan segala rahsia dan kegiatan si tua ni.. yang akan dijadikan "rotan" untuk "mencucuk hidung" si tua gila yang tak sedar diri ni !! Hanya segelintir saja pengikutnya yang masih buta mata, buta hati dan buta perut.. 

ALIRAN ni pun adalah di antara NGO yang turut jadi " front-liner tools" kepada puak-puak tu.. Apa akan jadi kalau si tua gila talak yang terlalu banyak masalah peribadi dan sosial tu diletakkan sebagai Perdana Menteri dan puak-puak Tokong Guan anak-anak beranak dan si Kapal Sinki tu pula jadi "remote controller" di belakang !! Fikirlah sendiri (pinjam ayat Nabil.. dengan izin)..