Friday, February 22, 2013

BILA FAUZI SHAARI CAKAP PASAL RASUAH

Dalam satu majlis ceramah puak-puak khawarij di Bukit Panchor, Nibong Tebal malam kelmarin 20 Februari 2013, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Fauzi Shaari kata, "suatu pemberian dengan syarat tertentu adalah rasuah". Memang hebat Ustaz Marcoco ni. Memang betul dan tepat sekali apa yang dikatakannya menurut agama suci kita, Islam. Cuma yang Tempurung agak musykil, kenapa baru sekarang Ustaz Marcoco ni nak bercakap pasal agama dan rasuah? Perkara serta budaya sama jugalah yang berlaku semasa Ustaz Marcoco ni jadi orang nombor satu @ Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman dulu. Kenapa ketika itu tidak bercakap pasal isu rasuah ini? 


Mungkin dan agaknya ketika berkhidmat dalam kerajaan dulu, duit-duit haram dari kalangan operator-operator seperti perjudian, pelacuran dan lain-lain kegiatan haram dianggap sebagai suatu "sumber manfaat" yang "halal" atau "jihad", kot? Lagi banyak "sumber manfaat" itu, barangkali lagi besar pahala dan berkat halalnya! Orang yang macam ini kalau makan babi dengan puak-puak DAP mungkin akan berkata bahawa babi itu halal dimakan kalau disembelih, dan kalau makan daging lembu dengan orang UMNO mungkin dikatakan bahawa daging lembu itu haram!! (pinjam tafsiran "Mat Sapu"). Apakah dirinya terlalu "bersih" semasa dalam perkhidmatan dulu? (Bukan nak menuduh tetapi agak ragu-ragu berdasarkan latarbelakangnya).

No comments:

Post a Comment