Wednesday, February 19, 2014

ISU HAPUS KHUTBAH JUMAAT DI PENANG - MALIK KASSIM KUTUK PERANCANGAN JAHAT.

George Town, 19 Feb 2014 - Dato Abd Malik Kassim, Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Tokong Laukui Guan mengutuk sekeras-kerasnya usaha serta gerakan terancang puak-puak pemimpin tertentu yang mahu menghapuskan sepenuhnya Khutbah Jumaat di Pulau Pinang.
Malik Kassim bersama kepimpinan Wira PERKASA Pulau Pinang
Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan singkat dengan beberapa wakil Wira PERKASA Negeri Pulau Pinang. Pertemuan tersebut adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung perancangan jahat puak-puak lahanat haramjadah yang berniat untuk menghapuskan agama Islam di bumi Tanah Melayu ini sebagai persediaan awal sebelum merampas bumi tercinta ini. Menurut sumber yang layak dipercayai, Malik yang juga ADUN PKR bagi kawasan Batu Maong menyifatkan mereka yang terlibat sebagai kurang ajar dan orang gila. Menurutnya lagi, sekiranya perkara tersebut benar-benar mahu dilaksanakan, beliau akan menjadi orang pertama yang akan menentang serta menghalang usaha tersebut kerana ianya soal melibatkan maruah dan agama Islam. Beliau akan tetap mempertahankan Islam dan tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan mana-mana pihak yang mahu menjayakan agenda jahat itu.
Pemimpin Wira PERKASA menunjukkan cetakan artikel
bertajuk "Penang Pertimbang Untuk Haramkan Khutbah Jumaat?"
Dalam satu sidang media singkat, Mohd Rizuad Azzuddin selaku Ketua Wira PERKASA Negeri Pulau Pinang yang mengetuai perjumpaan itu menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus tampil menjelaskan pendiriannya bagi mengelakkan timbulnya salah faham di kalangan umat Islam di negeri ini. Isu ini ditimbulkan dalam blog Pakatan Rakyat dan justeru itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus bertanggungjawab dan bukannya mendiamkan diri dengan menuding jari kepada orang lain di samping menafikan bahawa isu tersebut tiada kaitan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Rizuad Azzuddin ketika ditemubual oleh pemberita
Sementara itu Mohammed Pazli Ismail, Ketua Penerangan PERKASA Parlimen Balik Pulau pula menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan rapi serta mengambil tindakan tegas ke atas dalang yang mencetuskan provokasi tersebut kerana ianya merupakan satu tindakan yang amat serius.
Malik Kassim bersama pemberita
Sebelum ini pada 17 Februari 2014 lalu, dalam satu laman blog Pakatan Rakyat iaitu http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2014/02/penang-pertimbangkan-untuk-haramkan.html?m=1  telah terkesan satu artikel bertajuk “Penang Pertimbang Untuk Haramkan Khutbah Jumaat?” yang antara lain mendedahkan berhubung kenyataan beberapa pemimpin DAP yang menyifatkan kandungan Khutbah Jumaat bertentangan dengan semangat perpaduan antara kaum dan agama. Berikutan itu juga dikatakan terdapat ura-ura bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mempertimbangkan secara serius untuk menghapuskan Khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Menurut artikel itu lagi, antara pemimpin DAP yang sememangnya tidak gemar serta menyifatkan Khutbah Jumaat itu sebagai berbaur ekstremis dan diskriminasi ialah Tony Pua, Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Lim Guan Eng.
Artikel dalam laman blog http://negarapakatanrakyat.blogspot.com
Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum menyatakan pendiriannya secara rasmi berhubung perkara itu, Ini menjadikan satu lagi tanda tanya kepada umum apakah muslihat serta agenda sebenar Kerajaan Negeri pimpinan Tokong Laukui Guan itu, walaupun isu ini telah berlegar sejak beberapa hari lalu. Perlu diingatkan, sebelum ini terdapat arahan secara bertulis yang melarang laungan azan serta bacaan Al-Quran di masjid-masjid. Malahan terdapat seorang wanita Cina secara berani serta biaDAPiG telah mengirim sepucuk surat kepada pihak Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar mengambil tindakan menghentikan laungan azan tersebut.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai isu menyentuh sensitiviti umat Islam terus diusik. Nama Allah dihina, dikeji, dicaci begitu juga Nabi Muhammad turut dicerca dengan pelbagai tuduhan. Provokasi demi provokasi terus dilakukan oleh mereka yang punya agenda jahat walaupun umat Islam tidak pernah sama sekali mengusik, menyentuh, mempertikai atau mempersoalkan mana-mana agama sekali pun. Sikap toleransi serta kesabaran umat Islam telah diambil kesempatan oleh puak-puak haramjadah laknatullah itu. Apabila umat Islam mempertahankan hak mereka dalam soal agama dan kaum daripada terus diserang, umat Islam pula yang dituduh perkauman serta cuba mengapi-apikan sentimen keagamaan yang berbahaya.

Kalangan mereka yang mendabik dada kononnya mereka yang memperjuangkan Islam pula beku dan bisu. Lidah mereka kelu disebabkan lebih mengutamakan hasrat nak berkongsi kuasa daripada mempertahankan soal kesucian agama. Di pihak kerajaan pula khususnya kalangan pemimpinnya pula langsung tidak kedengaran suara, takut kehilangan populariti takut hilang undi. Bapak Menteri Dalam Negeri sejak dapat keistimewaan menaiki pesawat polis begitu sibuk terbang ke sana sini tetapi tak sepatah pun mengeluarkan kenyataan “berbisa” agar tindakan-tindakan puak-puak biaDAPiG itu dihentikan serta merta. Abang Najib kita pula sibuk gamaknya tengah buat kira-kira dan bajet untuk diberi kepada puak-puak lahanat yang tak tahu kenang budi tu. Itulah sebabnya Abang Najib kita tak boleh nak bersuara lagi.

Thursday, February 13, 2014

PEMBELI BERANG TERTIPU HARGA RUMAH

13 Feb 2014, George Town - Pagi ini seramai 25 pembeli rumah Taman Centrio Avenue, Jalan Bukit Gambir di sini yang mendapati diri mereka tertipu dengan harga rumah yang dibeli telah melancarkan bantahan di Pintu Masuk Utama MPPP, Tingkat 3 Komtar.
Salah seorang daripada pembeli terlibat merasakan diri mereka ditindas serta ditipu apabila rumah yang mereka beli pada asalnya ditawarkan dengan harga RM72,000.00 tiba-tiba dinaikkan harganya pada kadar RM160,000.00 tanpa alasan munasabah. Para pembeli yang berang berhubung perkara ini turut mengecam Kerajaan Negeri pimpinan Tokong Guan yang sepatutnya bertindak menghentikan perbuatan rakus dan tamak pihak pemaju tetapi sebaliknya hanya mendiamkan diri tanpa melakukan sesuatu untuk membantu rakyat. Malahan sikap Kerajaan Negeri itu juga dilihat seolah-olah mahu menipu serta menjual harta milik rakyat.

Mereka turut mempamirkan beberapa poster dan plakad yang rata-rata mengecam pihak pemaju serta Kerajaan Negeri berhubung isu itu.
Dalam himpunan pagi ini, Jamaliah Abd Rahman yang mewakili pembeli terlibat telah menyerahkan surat aduan serta bantahan berhubung kenaikan kos harga rumah kos sederhana rendah Taman Centrio Avenue kepada Marziah Mohd Mukhtar, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Tokong Guan.

Adapun projek berkenaan dimajukan oleh Syarikat Nuwata Sdn Bhd sebuah anak syarikat Kumpulan Boon Siew manakala kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakannya ialah Boon Soon Sdn Bhd.

Begitulah saban hari ada-ada saja nasib malang yang menimpa sebilangan rakyat Pulau Pinang tanpa pembelaan Kerajaan Tokong Guan, namun begitu masih ada kalangan yang terus mendewa-dewakan pemimpin lidah bercabang itu.