Monday, March 3, 2014

PENJENAYAH SERANG POLIS PERONDA - MANA NGO HAK ASASI ADAKAH ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH TAK PERLU DIBELA !!

Klang, 4 Feb 2014 - Awal pagi ini, seorang anggota polis terbunuh apabila diserang oleh sekumpulan 5 orang penjenayah. Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa, Klang itu seorang anggota polis berpangkat Kopral berusia 53 tahun mati diserang oleh penjenayah terbabit. Ketika kejadian, anggota pasukan peronda polis berkenaan telah menahan 5 lelaki dalam keadaan mencurigakan dan apabila hendak membuat pemeriksaan ke atas 5 lelaki tersebut, mereka telah bertindak menyerang anggota polis bertugas dan merampas pistol milik mangsa serta cuba menembak anggota-anggota kereta peronda berkenaan tetapi gagal kerana pistol berkenaan tidak meletup. Pergelutan terus berlaku dan salah seorang anggota polis berkenaan berjaya merampas kembali pistol tersebut daripada salah seorang penjenayah terbabit. Bagaimanapun dalam pergelutan itu, salah seorang penjenayah telah menikam mangsa dipercayai menggunakan pisau "rambo". Dalam kejadian itu juga, 2 daripada penjenayah terlibat yang turut bersenjatakan parang dan pisau telah ditembak mati oleh pihak polis.
2 penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian
di Taman Sentosa, Klang awal pagi
Dalam kejadian itu Kpl Raja Aizam Raja Mohid meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi anggota kereta peronda terbabit, Kpl Mohd Aidil Mustafa, 29 tahun turut cedera parah di bahagian muka serta kepala dan kini sedang dirawat di Hospital Klang.

Insiden yang berlaku awal pagi ini adalah di antara peristiwa-peristiwa serta bahaya yang sentiasa menunggu setiap anggota pasukan keselamatan khususnya PDRM dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka bagi memastikan keamanan terus terjamin, agar anggota masyarakat tidur lena di waktu malam, walaupun mereka terpaksa bercekang mata.

Inilah juga di antara kisah sedih dan meruntun hati serta jiwa keluarga, isteri serta anak-anak anggota polis yang ditinggalkan pergi di saat-saat mereka masih bergantung harap kehidupan daripada seorang anak, suami dan ayah. Tak ada siapa pun yang akan mengenangkan jasa bakti mereka yang sanggup mengorbankan diri demi kepentingan orang lain. 

Ke mana pula perginya puak-puak NGO yang selama ini mendabik dada kononnya hanya merekalah memperjuangkan hak asasi manusia. Kenapa anggota-anggota polis yang mati diserang oleh penjenayah tidak dibela? Kenapa anggota polis yang mati diremuh dengan motosikal oleh penjenayah semasa bertugas tidak dibela? Sebaliknya mereka yang terang-terang adalah penjenayah dan mati dalam beberapa insiden tembak-menembak dengan pihak polis sebelum ini, satu dunia menjadi kecoh apabila NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia itu bangkit membela kematian para penjenayah terbabit yang dinobatkan sebagai wira. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan kedaulatan tanah air daripada pencerobohan pengganas pula dikatakan sebagai sandiwara. Itulah golongan yang bermuka-muka dan berselindung di sebalik perjuangan mempertahankan hak asasi manusia!! Sebenarnya lidah golongan itulah yang lebih tajam dari pedang, lebih bisa daripada ular.

Kepada keluarga Allahyarham dan juga seluruh keluarga anggota pasukan keselamatan yang terdahulu meninggalkan kita demi menjaga keselamatan rakyat, kedaulatan tanah air, Tempurung ucapkan takziah dengan iringan doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

No comments:

Post a Comment