Saturday, April 6, 2013

MPPP GANGGU PERNIAGAAN - PENIAGA BERANG


George Town 7/4/2013 - Para peniaga di Pasar Chowrasta di sini pagi ini naik berang apabila pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melakukan kerja-kerja pembersihan ruang-ruang perniagaan di pasar awam itu dan memaksa para peniaga memindahkan barangan perniagaan mereka ke lokasi lain berdekatan dengan tempat asal jualan barangan.


Difahamkan tindakan itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf pasar tersebut yang sepatutnya akan bermula pada bulan Mei 2013 depan. Ekoran itu juga, ianya telah mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan peniaga yang terlibat kerana tindakan itu telah menjejaskan perniagaan mereka. Apa yang dipersoalkan oleh mereka ialah kenapa baru sekarang pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang nak buat !! Apa yang mereka buat selama 5 tahun setelah diberi peluang mentadbir negeri sedangkan kos naiktaraf pasar berkenaan bukanlah setinggi kos melaksanakan projek terowong di bawah dasar laut !! Menurut mereka, lagipun jangkamasa untuk kerja-kerja naiktaraf itu bukanlah mengambil masa yang lama. Tetapi yang anehnya, kenapa kerja-kerja naiktaraf itu tidak dibuat sejak dulu lagi !!


Apa yang Tempurung dapat katakan inilah permainan serta auta temberang puak-puak pakatan haram jadah ini untuk menipu serta mengabui mata rakyat kononnya merekalah yang prihatin terhadap masalah rakyat. Tunjuk baik menjelang pilihanraya !! Nenek Tempurung pun boleh buat kalau macam ni..

1 comment: