Monday, July 8, 2013

ISU PENCEROBOHAN BUKIT RELAU - KENYATAAN KARPAL SINGH SATU LAGI SANDIWARA DAPiG

AHAD lalu (6 Julai 2013), Karpal Singh @ "Kapal Sink", Pengerusi DAPiG Pusat dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar tempatan mendesak Kerajaan DAPiG Pulau Pinang menyenaraihitamkan Tan Sri Tan Kok Ping dan syarikatnya berikutan kegiatan menggondolkan puncak Bukit Relau di Pulau Pinang. Menurutnya lagi, Tan Kok Ping adalah bertanggungjawab ke atas semua aktiviti serta tindakan yang dilakukan oleh syarikatnya. Kapal Sink seterusnya menegaskan, tiada siapa boleh usik puncak bukit itu tanpa kebenaran dan sepatutnya Tan Kok Ping menentukan supaya perjalanan aktiviti syarikatnya tidak melanggar undang-undang.

Tempurung terkejut juga dengan desakan yang datangnya dari mulut pemimpin utama DAPiG itu. Tempurung juga tertanya-tanya, betul ke apa yang disuarakan oleh Kapal Sink tu kerana selama ini kebanyakan kenyataan yang dibuatnya lebih bersifat berdolak-dalik atas kepentingan politik DAPiG selain untuk terus meraih sokongan bagi memperkukuhkan pengaruh peribadinya.

Kalau dilihat secara teliti dalam isu ini, Tan Kok Ping atau syarikatnya tidak akan begitu berani bertindak melulu atau semborono untuk menarah atau menggondolkan puncak Bukit Relau itu jika tiadanya "tangan ghaib" di belakang yang memberi restu bagi membolehkannya berbuat sedemikian !! Semua orang di Pulau Pinang tahu dan ianya bukan satu rahsia bahawa Tan Kok Ping adalah di antara "pet" istimewa kesayangan Tokong Guan. Hubungan Guan Eng dan Tan Kok Ping sememangnya amat istimewa dan akrab, tiada siapa yang boleh menafikannya. Apa saja yang hendak dibuat oleh Kerajaan DAPiG Pulau Pinang, Tan Kok Ping akan diberikan keutamaan terlebih dahulu. Jadi dalam isu menggondolkan puncak Bukit Relau itu, tak kan Tokong Guan tak tahu, kot !! Suatu yang mustahil dan tak masuk akal andainya Tokong Guan tak tahu  !! Tak kan tindakan Tan Kok Ping menggondolkan Bukit Relau itu juga satu lagi sandiwara serta konspirasi BN / UMNO !!

Justeru, desakan Kapal Sink agar Kerajaan DAPiG Pulau Pinang menyenaraihitamkan Tan Kok Ping dan syarikatnya adalah satu lagi perkara yang tak masuk akan kerana Kapal Sink sendiri pun tahu akan hubungan akrab istimewa antara Tan Kok Ping dengan Tokong Guan dan DAPiG Pulau Pinang. Maka jelaslah "salakan" Kapal Sink itu adalah satu lagi sandiwara DAPiG untuk mengaburi serta menambahbutakan lagi mata rakyat Pulau Pinang khususnya para pendokong PR yang buta mata, buta hati serta buta perut bahawa kononnya DAPiG merupakan satu-satunya parti (bukan PAS atau PKR) yang memperjuangkan kepentingan rakyat, menjaga kepentingan alam sekitar serta mengutamakan hal ehwal kebajikan dalam semua aspek kehidupan rakyat !!

Apapun biarlah puak-puak dangkal dan dungu terus tertipu, asalkan kita yang waras tidak termakan dengan penipuan demi penipuan serta sandiwara puak-puak lahanat haramjadah DAPiG yang bercita-cita besar ingin berkuasa secara mutlak dengan hasrat mengubah segala-galanya di bumi Tanah Melayu tercinta ini..

No comments:

Post a Comment