Monday, February 25, 2013

ADAKAH PENERIMA BANTUAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG JUGA UMPAMAKAN HAIWAN ?


Pok Nik Aziz kata pemberian wang ringgit di bawah Program BR1M Kerajaan Persekutuan mendapat sambutan rakyat sehinggakan yang menerima bantuan itu umapamakan haiwan seperti lembu dan ayam yang datang jika diberi hampas kelapa, padi dan jerami.

Apakah bezanya kepada Pok Nik Aziz dengan senario yang sama di Pulau Pinang? Kerajaan DAP Pulau Pinang turut memberi wang ringgit kepada orang ramai terdiri daripada warga emas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU – “Kapal Sink” juga layak, kot?), ibu tunggal dan pelajar sekolah yang menerima bantuan sebanyak RM100.00 setiap tahun. Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga memberi wang ringgit bagi urusan jenazah serta pelajar yang berjaya memasuki IPTA sebanyak RM1,000.00 dan golongan anak emas sebanyak RM200.00 secara “one-off”.

Makanya dengan itu juga, Pok Nik Aziz secara tidak langsung turut melabelkan golongan yang menerima bantuan wang ringgit daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang umpamakan haiwan seperti lembu dan ayam yang datang apabila diberi dedak hampas kelapa, padi dan jerami !!

Apakah Pok Nik Aziz akan berkata bahawa wang ringgit yang diberi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu pula berupa bantuan dalam menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Tokong Guan?? Tak kan orang-orang Pulau Pinang yang menerima bantuan tersebut mahu diri mereka diumpamakan haiwan seperti ayam atau lembu??

No comments:

Post a Comment